Skip to main content

S.Y.U.K.U.R


Amr bin Syu’aib drpd ayahnya, drpd datuknya berkata Nabi s.aw. bersabda yg bermaksud: “Dua jenis sifat, siapa yg memiliki kedua-duanya maka dicatat di sisi Allah sebagai ahlu syukur (org yg bersyukur). Pertama, jika ia dlm hal agama selalu memperhatikan org yg lebih tinggi darinya utk meniru danmengikutinya, dan dalam hal dunia selalu melihat kpd org yg lebih rendah drpdnya sehingga dia dpt bersyukur kpd Allah”.


Alhamdulillah, weekend yg sgt menggembirakan bersama mereka di Gemencheh. sebenarnya tujuan ke sana utk jenguk2 adik2 tercinta kt sana je..tp Allah merancang yg lebih baik subhanallah. plan yg tidak dirancang pun - pagi sabtu sempat buat kelas PAI (Pendidikan Agama Islam) utk mereka disebabkan mereka kata, dah lama xbelajar PAI. Tapi of course la xdpt nak habiskan silibus dlm masa 1 jam setengah.. tinggal lg 1 bhgn, akhlak xsempat nk go through. masa tidak mengizinkan. mereka pun ada program yg macam2. petang pulak alhmdulillah sempat berusrah @ berbulatan gembira bersama mereka….. sgt rindu berusrah bersama. byk yg sy dpt dari mereka Alhamdulillah walhamdulillah.. =D yg kurang bestnya, tak dpt nak memenuhi undangan Ustz Alif utk berusrah bersama di rumahnya sbb ada hal lain di Pilah. mereka yg pergi ke usrah Ustz Alif kata mereka dpt byk ilmu bmanfaat dari Ustaz Alif dan isteri. Alhamdulillah mereka berkongsi juga dgn saya, salah 1 nya, utk menjadi wanita yg ‘mahal’ dan sentiasa mdapat pandangan Allah. =) Thanks adik2 bulatan gembira yg tercinta =D



my beloved adik2 bulatan gembira =D

Malam pula, seperti biasa rutin harian di Gemencheh, duduk di surau utk sesi ‘tahdir’ bg mendengar hafazan Al-Quran mereka. Terubat kerinduan duduk di surau bersama-sama para penghafaz Al-Quran Gemenceh. mmg seronok hidup ni jika ia sentiasa penuh diisi dgn aktiviti kerohanian yg mendekatkan diri bukan sahaja dgn Tuhan, tapi juga dgn manusia. sy menasihatkan mereka dan diri sndiri spy jgn asik isi perut je. akal dan rohani juga perlu di isi. Isi dgn makanan jiwa à ilmu yg berguna dan peringatan yg memperbaiki akhlak dan hubungan sesama Tuhan dan manusia.
surau MRSM Gemencheh yg sgt dicintai. semoga hati2 kita sentiasa terikat dgn rumah2 Allah.......

mereka bertanya, “mana lagi best ustazah, Gemencheh ke As-Sofa?” =) jwpn sy, 2-2 pun best, xboleh compare. Di As-Sofa ada byk ilmu dan ulama’. di Gemencheh ada ramai para pencinta ilmu dan ulama’. dan sy cintakan kedua-duanya…………. mereka di Gemencheh sungguh dahagakan ilmu, sy dpt melihat melalui wajah2 berseri mereka yg hadir ke usrah sy. di As-Sofa juga, sering ada kuliyyah2 agama, majlis ilmu dan zikir. MasyaAllah. dan Allah telah menempatkan sy di kedua-dua tempat yg baik ini .. maka tiada kata yg lebih baik dari puji dan pujian kepadaMu wahai Tuhan…dan tidak cukup puji-pujian ku.. hanya Engkaulah sahaja yang lebih layak memuji kebesaran dan kehebatan diriMu…


Sheikh Fuad kata, di akhirat nnt para penghafaz Al-Quran akan berada di maqam tertinggi di sisi Allah.. dan jika kita tidak mampu utk menjadi hafiz @ hafizah yg menghafaz 30 juzuk Al-Quran, jadilah org yg berkhidmat utk ahli Al-Quran… sy berharap sy dapat berkhidmat buat ahli ilmu dan ahli Al-Quran di Gemencheh, di As-Sofa, di mana2 sahaja dan pada sesiapa sahaja yg diizinkan Allah..dan semoga dgn usaha yg tidak seberapa ini, dptlah menaikkan darjat sy di sisi Allah…. 

Para hafizah As-Sofa semangat menyental kereta saya dalam kata lainnya, semangat berkhidmat utk guru. hehe

beruntungnya mereka yg menghafaz Al-Quran..di Gemencheh, kebanyakkan Ustaz dan ustazah di sana adalah para hafiz, begitu juga di sini, rasanya tidak layak utk bersama mereka tapi Alhamdulillah, Allah mencampakkan sy bersama mereka mungkin utk sy mempelajari sesuatu yg ‘berharga’ dan sy berharap, mereka juga mempelajari sesuatu dari saya. hidup perlu memberi dan menerima kan.. kalau asik menerima je, xdpt nak memberi, susah jugak laa..Harapnya, sy telah melakukan sesuatu di Gemencheh dan meninggalkan sesuatu yg bermanfaat buat mereka. di As-Sofa, baru bermula. sy mahu memberikan sebaik-baik khidmat dan bantuan kpd mereka di sini. semoga Allah memberikan sebaik-baik pertolongan insyaAllah.

Ali bin Husain r.a. berkata: Jika Allah mengumpulkan orang-orang yg terdahulu dan yang akhir, maka ada seruan memanggil: “Di tetangga Allah s.w.t”, lalu bangun beberapa orang dan langsung menuju syurga maka ditanya oleh malaikat, “Kamu hendak ke mana?” Jawab mereka, “Ke syurga”. Ditanya lagi, “Siapakah kamu?”. Jawab mereka, “Kami tetangga Allah s.w.t di bumi”. Lalu ditanya, “Bagaimana keadaan tetanggamu?”. Jawab mereka, “Kami cinta-mencintai kerana Allah s.w.t dan korban berkorban kerana Allah dan sambung menyambung kerana Allah s.w.t”.  Maka malaikat berkata, “Masuklah kamu ke syurga maka sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal”.

Buat adik2 di Gemencheh, selamat menjalani kehidupan di sana sebagai ahli Al-Quran. I love all of you for the sake of Allah……..

Comments

Popular posts from this blog

Generasi baru Ulul Albab insyaAllah!

sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka, generasi Ulul Albab MRSM Gemencheh Program Ulul Albab di MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) Gemencheh ialah satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran. Program pembudayaan Al Quran di MRSM Gemencheh ini bukan saja untuk para pelajar, tapi juga ia melibatkan para staff dan guru. Buat para staff, setiap hari akan dimulai dengan Pengajian Al-Quran,tafsir,Tajwid dan tazkirah. Bermula jam 8.00 hingga 8.30.  gambar copy paste je di  http://www.mrsmgemencheh.com MasyaAllah sy sgt kagum dengan Tuan Pengetua dan Timbalan-timbalan beliau serta guru-guru yang sangat dedikasi & komited di sini. Mereka sangat productive dan bersemangat waja! dalam menjadikan MRSM Gemencheh ini sebagai sebuah insitusi pengajian yang bukan setakat mengajar, tetapi 'mendidik' akhlak dan jiwa kami. Saya kagum dengan moto baru maktab ini, "MENDID...

sambungan... kenangan di Majlis Perkahwinan kami 1 Februari 2014

Lepas proses akad nikah solosai pada jam 12 tghari, kami berdua pulang sebentar ke rumah utk bertukar pakaian pulaaaa... mmg agak kelam kabut sikit.. time tu lah sebenarnye yg 'peak hour'. ramai betul yg dtg masa kami balik rumah tu... dan disebabkan itu, ramai jugalah tetamu yg kami tidak berkesempatan untuk berjumpaaa  =( maaf seribu kali maaf kpd para tetamu.. jam 1.30 tghari kami tiba semula di masjid Usamah bin Zaid tersebut utk majlis seterusnya..  ni lah rupa dewan untuk majlis kami di dewan Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, KL... Alhamdulillah sgt mengikut tema =D saye sukeee! ketibaan pengantin... tanpa bunga manggar dan tanpa pengapit! kompang juga tiadaaaa...hehe.  cuma disambut dgn student yg begitu teruja melihat ustaz dan ustazah mereka berkawennn.. hohoho Maka sesi senyum dan bersalam-salaman pun bermulaaaaa =) ni pengapit on the spot. adik2 iparku yg hensem dan santek.... hihihi kegumbiraan yg jelas terpancar.. semuga g...

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...