Skip to main content

Menyelusuri Mutiara Kata yg Indah

Sheikh Ibnu 'Atha'illah as-Sakandari rhm. berkata dalam kitabnya, Al-Hikam:

"Sebagai ganjaran Allah s.w.t kepadamu atas ketaatanmu, cukuplah Alah redha menjadikan kamu ahli ketaatan kpdNya. Sebagai balasan kpd org yg beramal pula, cukuplah apa yg Allah bukakan dalam hati mereka berhubung ketaatan kepadaNya. Cukuplah juga kewujudan rasa seronok dan tenang bersamaNya, yg Allah kurniakan kpd mereka".

Sebahagian ulama' berkata: Maksudnya, "Di dunia ini, terdapat sebuah syurga yg sesiapa memasukinya, pasti tidak akan rindu kpd syurga akhirat dan kepada sesuatu yg lain lagi, iaitu SYURGA KETAATAN KEPADA ALLAH..." Allahu Akbar.

Subhanallah....
Walhamdulillah.....

Mengapa perlu melihat pd perkara dunia yg kita tidak ada, sedangkan Allah telah memberikan sebaik2 nikmatNya kepada kita, iaitu nikmat taufik dan hidayahNya bg manusia pilihan. Memadailah Allah membuka hati kita utk sentiasa mentaatiNya dengan kefahaman dan ilmu. Memadailah Allah membuka hati kita utk cinta kpdNya dan RasulNya yg mulia, Muhammad alaihissolatu wassalam... memadailah Allah membuka hati kita utk cinta kepada ilmu dan cinta kpd orang2 'alim yg membawa kita menujuNya...

Ya Allah, byknya nikmat yg telah aku dustakan.. Astaghfirullah....Syukur atas nikmat kelapangan masa yg Engkau anugerahkan, ia membolehkan aku meneguk sedikit ilmuMu yg luas dan dgn kurangnya masa bersama manusia, aku dpt lebih hidup bersamaMu...aku sedang memperbaiki diri tetapi aku memerlukanMu kerana aku tidak mampu utk berbuat apa2 hatta terhadap diriku sendiri jika Engkau tidak bersama......

Alhamdulillah sudah habis membaca jilid pertama buku yg hebat ini. tapi ada beberapa perkara yg kurang difahami. semoga Allah memberikan sy seorang guru yg mampu mengupas mutiasa ilmu didalamnya...... Amiin!
 
Sedang menyelusuri mutiara indah di jilid yg ke 2 (xsempat beli lg. sempat pinjam je dari maktabah As-Sofa). harapnya ada yang membantu utk memberi kefahaman yg lebih jelas kpd saya. Rabbi yassir wa la tu'assir Ya Karim..

 MasyaAllah....rasa saaangatt bahagia membaca mutiara yg indah dari Al-Hikam ini. Semoga Allah memberi sebaik2 ganjaran buat Sheikh Ibnu 'Atha'illah as-Sakandari rhm dan Ustaz Zulkifli Al-Bakri atas terjemahan dan kupasan yg sgt membantu. 
Alhamdulillah, banyak yg saya peroleh di As-Sofa... Alhamdulillah, syukur dan setinggi puji-pujian hanya kepada Allah. Disini ramai sheikh2 dan ustaz2 yg hebat, semoga sy berpeluang mempelajari sesuatu drpd mereka, insyaAllah =D Harapnya, saya benar2 telah berjumpa jalan yg benar menuju Tuhan........... dan sy berdoa, semoga Allah sentiasa memasukkan kita ke dalam urusan kita bersamaNya dan semoga Allah tidak membiarkan kita memasukkan diri kita sendiri ke dalam sesuatu urusan tanpa Dia ada bersama..

Comments

  1. Assalamualaikum, Sheikh Ahmad Fahmi ZamZam ada kelas untuk kitab ini di Ba'alawi KL. Cuma tarikh x menentu, kena selalu check di majlisilmu.blogspot.com . Contohnya kelas selepas ini adalah pada tahun hadapan, insyaAllah. Semoga Allah redha.

    tedazhar

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam. syukran atas info. insyaAllah akan check details di majlisilmu.blogspot.
    Semoga Allah memberi kita lebih byk kebaikan insyaAllah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

Sekolah yg sentiasa bertahta di hati...

Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur @ SMAKL Sekolah ni menyimpan beribu kenangan aku dan kawan2.. kat sini la aku menimba ilmu, dapat kawan, cikgu2 yang baek.. hmm.. pendek kata mmg syokk la dok cni..!! rasa mcm nak balik ke zaman sekolah je.. kalau la ade pintu masa doraemon kan best.. sobsobsss.... Dewan Seri Bestari.. tempat aku amik exam dan tempat aku buat pelbagai aktiviti... hmmm..byk kenangan kt dewan ni.. tapi xleh la kan cite kt cni... kang kontroversi plak.. haha.. kat depan dewan tmpt kitorg berkawad.. rindu kawad!! rindu nk wat formasi yg macam2.. aku dulu KRS~ Kadet Remaja Sekolah.. best woo00oo KRS ni.. ni kitorg gi lawan kawad kaki kt Segambut Jaya.. xtau la sapa yg tlg amikkan gmba ni.. tp dia xde amik gmba kitorg ms tgh buat formasi..ade yg ni je!!! waaaa xbest!! nway, thanks jugak la kan kpd yg tlg amik gmba ni.. ade jugakla kenangan.. ni la die bdk2 'putera' sekolah aku dulu... xtaula aku jumpa kt mn gmba2 ni.. poyo je muka sorang2... diorang n...