Skip to main content

Astaghfirullah~

Banyak soalan ditanya mengenai IKHLAS. Sememangnya ikhlas itu RAHSIA ALLAH. Ini hakikat yang sangat perlu untuk diketahui kerana tidak ada seorang pun yang tahu, siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak ikhlas. 2 malaikat yang mencatat amalan seseorang pun tidak tahu, orang itu ikhlas atau tidak. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu, hamba-Nya ikhlas atau tidak dalam perbuatan mereka.

Semalam sorang student tanya, "maknanya, malaikat hanya mencatat amal kebaikan kita, pastu kat akhirat nnt, semasa dibentang buku catatan amalan kita dan diperhitungkan oleh Allah, kalau kita TAK ikhlas, terpadamlah ye semua amal kebaikan kite tu?"

Gulp! tertelan gula2. =D MasyaAllah, soalan yang sangat memberi kesedaran dan benar2 mengganggu jiwa. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. persoalan ttg ikhlas ni x berapa mampu untuk menjawab. Ikhlas itu adalah apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan itu semata-mata kerana Allah, bukan untuk mendapat ganjaran dan terima kasih dari manusia dan bukan untuk mendapat pandangan mata manusia.  kadang2 memang dah niat dan buat sesuatu itu kerana Allah, tapi kdg2 terselit jugak rasa seronok apabila dipandang manusia. kadang2 bila amal kabaikan yang dilakukan dibalas dengan kejahatan, hati tertanya2, kenapakah? mengapakah? apa yg salah? xcukupkah? kalau buat semuanya kerana Allah, kenapa kena ada perasaan macam tu? perlu sgt ke kebaikan itu dibalas? perlu ke kebaikan itu dipandang? wajib ke ia dikenang?

Semua kebaikan yang kita lakukan pada orang sebenarnya adalah dari Allah. Allah telah menjadikan kita sebagai ‘saluran’ untuk Allah menyampaikan nikmat-Nya kepada manusia. jadi tidak perlulah berbangga dengan semua kebaikan yang kita yang lakukan. kalau Allah tidak mengizinkan untuk kita buat, tidak menggerakkan tangan dan kaki kita, kita tidak akan mampu untuk berbuat apa-apa. 

Kebaikan sebenar ialah dapat berbudi kerana ALLAH. Itu yang membuatkan seseorang itu berasa tenang dalam melakukan kebaikan walaupun kebaikannya tidak dibalas dengan baik. Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah telah mengagihkan nikmat-Nya melalui kita.

kalau ada sifat tak ikhlas ni, mcm mana nak jumpa Allah dan dapat SALAM Allah dalam syurga? mcmana nak jumpa Rasulullah?? mcm mana nak neighbour dgn K.Su?  memang xde harapanlah.. semoga kita dapat sama2 perbaiki diri- pesanan utk diri sendiri terlebih dahulu. 


MAY ALLAH HAVE MERCY ON ME. ASTAGHFIRULLAH. ASTAGHFIRULLAH. ASTAGHFIRULLAH.
BY THE WAY, THANK YOU ALLAH kerana memberi peluang dan izin kepada saya untuk membuat amal kebaikan!! =D  


Comments

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

CINTA. 2015.

Bagi seorg wanita yg bergelar isteri..  Suamilah segala-galanya.. Keluarga dan kawan2 tidak lg serapat dan sering berjumpa seperti zaman bujangan.  Suamilah teman setiap masa dikala susah dan senang..  Suamilah juga tempat bermanja dan tempat meluahkan segala rasa..  Semoga setiap waktu yg terluang bersama menjadi saham akhirat yg terbaik buat isteri Terima kasih buat suamiku yg sentiasa ada disisi.. Yg sentiasa bersabar dgn kerenahku yg ntah ape2.. Kdg2 ok..kdg2 tak..tibe2 suke..tibe2 sedih.. Perempuan mmg cenggituu.. Yg sentiasa menghiburkanku dgn lawak2 xleh blah tahap cipan.. dan menceriakan hidupku dgn joget2nya..haha Walaupun kdg2 dikau agak menyebalkan dan menyakitkan hati..  Dan selalu mcm manusia yg tak normal dan xde perasaan terhadapku..  Aku tetap ada perasaan thadapmu dan menyayangimu sepenuh jiwa dan ragaku.. Ampuniku ya Allah.