Skip to main content

Kawan Cerminan diri ~

"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)

Bila terfikirkan hadith Rasulullah s.a.w ni tentang orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain, terasa macam dush! tertampar diri sendiri especially bila tengah sembang2 dan buat perangai macam2 dgn family dan kawan2. character kita akan sentiasa berubah. bila dgn org ni, character kita lain, bila dgn dia ni pulak, character kita jadi lain. 1 persoalan yang selalu ada kat dalam kepala ni, yang mana 1 character yang sebenar??? kadang2 rasa mcm hipokrit..dgn org ni baiiikk dan sopan saje.. dgn dia tu pulak, perangai kdg2 mengalahkan hantu. ntah2 hantu lagi baik. ish Nauzubillah! terrrexaggerate pulak. hehe. seronok hantu ade org kata diorg baik. =) tapi mmg kite kena adapt ngn character dan cara org lain kalau nak berkawan kan?? xkan nak perangai sama je sntiasa.. tu dah jadi tak berhikmah la pulak dlm persahabatan.  tapi kadang2 kegilaan yg melampau ni buatkan aku rasa saaangaatt xbest. sbb Rasulullah kata hidup ni kena sentiasa bersederhana. haritu sembang2 ngn Huda pasal benda ni. rasanya kena improve cara kitorang berkomunikasi antara sesama sendiri sbb ngn Huda  ni kegilaan nya terlebih. kutuk mengutuk sesama sndiri tu dah biasa..hehe. dan tak terasa hati pun. bukanla kutuk ape.. just kdg2 tu, aku ckp die kerekla...tembamla..montel laa.. die plak ckp aku tudung sengetla..kain sengetla.. sukahati aku je nak buat ape laa.. (yela aku jela yg senget kan??) hehe. so after discussion, kitorg buat conclusion utk mengawal segala perangai yg xbaik dan kurangkan kekerekan masing2 kerana seorang Mukmin adalah CERMIN bagi Mukmin yg lain.. tapi masalahnya, bila mata bertemu mata, muka bertemu muka.. perangai tu dtg secara tiba2 xboleh nk control. macammane niiiiii???? xpe mari kite usaha lagi! xnaklah jadi cerminan yang xbaik pulak pada sahabat kite tu kan kan kann...... skrng ni, kalau someone tu baik je, sopanje ckp ngn aku, rasa ok. lega. tapi bila someone itu berperangai gila dan kerek ngn aku, AHA! PAUSE IT RIGHT THERE. SOMETHING WRONG SOMEWHERE. AND IT'S ALL ABOUT MEE. YUP, ME. bukan salah org lain, tapi salah diri sendiri.

Ok. oleh yg demikian conclusionnya, sila jadi baik. jgn jadi gila.
May Allah guide us to the right way.

Comments

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...

Sekolah yg sentiasa bertahta di hati...

Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur @ SMAKL Sekolah ni menyimpan beribu kenangan aku dan kawan2.. kat sini la aku menimba ilmu, dapat kawan, cikgu2 yang baek.. hmm.. pendek kata mmg syokk la dok cni..!! rasa mcm nak balik ke zaman sekolah je.. kalau la ade pintu masa doraemon kan best.. sobsobsss.... Dewan Seri Bestari.. tempat aku amik exam dan tempat aku buat pelbagai aktiviti... hmmm..byk kenangan kt dewan ni.. tapi xleh la kan cite kt cni... kang kontroversi plak.. haha.. kat depan dewan tmpt kitorg berkawad.. rindu kawad!! rindu nk wat formasi yg macam2.. aku dulu KRS~ Kadet Remaja Sekolah.. best woo00oo KRS ni.. ni kitorg gi lawan kawad kaki kt Segambut Jaya.. xtau la sapa yg tlg amikkan gmba ni.. tp dia xde amik gmba kitorg ms tgh buat formasi..ade yg ni je!!! waaaa xbest!! nway, thanks jugak la kan kpd yg tlg amik gmba ni.. ade jugakla kenangan.. ni la die bdk2 'putera' sekolah aku dulu... xtaula aku jumpa kt mn gmba2 ni.. poyo je muka sorang2... diorang n...