Skip to main content

MEMILIH DAN DIPILIH =)





Sebelum bertukar status dari single kpd ‘double’ ni … atau dalam kata lain.. from single Aainaa to married Aainaa.. Heheh. Saya ingin menulis sesuatu utk diri sendiri sebagai peringatan di masa hadapan.

Sekarang ni rasa agak kecuakan untuk ber alam baru. Banyak perkara perlu dimuhasabah kerana segala2nya bergantung kpd diri sendiri. Jika mahu bahagia, tidak perlu melihat pada pasangan atau org lain.. hanya diri kitalah yang boleh membahagiakan diri sendiri.. Jadi pilihlah untuk bahagia..Pilih bahagia Aain. Pilih bahagia. =) Semoga Allah terus melimpahkan rasa bahagia dan ketenangan itu buat saya dan begitu juga dengan si dia dan kalian  =) Sungguh nikmat bahagia dan tenang itu tidak akan pernah dapat dibeli. Ia kurniaan dari Tuhan yang Maha Rahman..

Perkara yang perlu saya selalu ingat..  suami itu adalah teman hidup saya. Dialah teman dan bestfriend yg plg best utk berkongsi suka dan duka, tangis dan tawa. Jadi jangan selalu nk bkongsi dgn org lain pulakkk! Kalau ada masalah.. berbincanglah. (Ni mmg saya nasihat diri sendiri) Cakap dan jangan suka pendam2..nanti lain jadinya… Dan perlu diingat dia juga mempunyai idea, pemikiran, gaya, perasaan dan caranya yang tersendiri.  Jadi dengarlah dia dan fahamilah dia. Saya tidak boleh mengubahnya menjadi apa yang saya kehendaki begitu juga dengan dia dan saya tidak menjangkakan dia akan bersetuju dengan saya dalam semua perkara kerana dia adalah dia yang sgt berbeza dgn sy. Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu berbeza sebab tulah dikatakan perkahwinan itu saling melengkapkan.. jangan lari dari perbezaan tapi uruskanlah perbezaan itu dengan baik, insyaAllah.

MARRIAGE IS FRIENDSHIP. REMEMBER. 

Dalam menghadapi bahtera rumahtangga.. saya menjangkakan banyak kebaikan yang akan dianugerahkan olehNya… dan saya juga menjangkakan akan datangnya ujian yg banyak jug kerana rumahtangga yg akan dibina ini tujuannya adalah untuk menuju Nya dan syurgaNya. Syurga tu mahal kan? Takkan senang2 je nak dapat? Hmm… takutnyaaaaaaaaa ujian itu… Konflik rumahtangga tu pasti ada.. kdg2 saya akan buat dia gilaaaa dan kdg2 dia akan buat saya gilaaaaa!!! 
hehehehehehe. yes I'm crazy sometimes. But please don't hate me, darling. =)

Tapi org tua2 kata… konflik tu  akan merapatkan lagi perhubungan, insyaAllah… yang penting masing2 jgn ego.. kena sentiasa meminta maaf dan memaafkan….. (tulis kat sini mcm senang… padahaalllll….. fuhh fuhhh.. susah woo..!) 1 perkara yg amat penting.. jika ada masalah dlm perhubungan, kembalilah kepadaNya.. kerana mungkin hubungan dengan Tuhan itulah masalah yg sebenarnya yg perlu kita perbaiki terlebih dahulu...


Dan kena ingat… kalau marah, diam dulu. Biarkan ia redaaa. Sbb kalau bercakap atau berbincang dlm keadaan marah.. hmm.. menyesal tak sudah.. Saya berdoa kepada Allah tmpt pgantungan segala harapan,  semoga Allah melimpahkan kepada kami kesabaran, kekuatan iman, ketaqwaan dan keikhlasan dalam kehidupan bersama nanti…..

yup. so true.. perkahwinan ibarat sebuah rumah. kalau lampu rosak, takkan nak beli rumah baru, kan? repair jela lampu tu...hmmm betul3..

Lelaki lebih hebat dan besar tanggungjawabnya. Apabila menjadi suami, akan bertambahlah manusia yang perlu ‘dijaga’nya. Semoga Allah memberikan bakal suamiku yg terchenta dan kalian para suami kebaikan yang melimpah ruah dari dunia yang sementara ini hingga ke akhirat sana atas kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab2 yang besarrrr itu. Sebaik-baik lelaki ialah yang paling baik terhadap isterinya. Begitu juga dengan isteri. Semoga kita semua dpt menjadi penyejuk mata dan hati para suami insyaAllah =)

Saya mengingatkan diri sendiri ttg 1 sifat bahaya yang ada pada saya dan juga semuaaaa iaitu cemburu. Cemburu ni org melayu kata tandanya sayang. Tapi jangan lupa.. cemburu boleh membawa kepada pergaduhan, pertelingkahan dan keretakan rumahtangga. Cemburu juga boleh menyebabkan hilangnya kepercayaan pasangan kepada kita atau kita kepada pasangan. Jadi…sy manasihati diri sendiri dan anda juga agar menjaga perhubungan dan ‘keramahan’ terutamanya dengan yg berlainan jantina itu.  
saya juga menasihati diri sendri utk berkata-kata dengan baik dan berhikmah. Tolongggg jangan emotional sgt ok, Aain!!! Well… perempuan. Sgt beremosi. Sebab yg kecik pun boleh bawa kpd airmata yang bercucuran… Adddoooiiii….. What to do??? Tapi skrng I’m trying  very hardddd to manage it. Kata-kata tu lebih tajam dari pedang kan? Salah 1 tanda kita sayang pd seseorang itu ialah kita menjaga hatinya. Kalau dia tak suka.. maka jangan cakap. Sebagai contoh, sesetengah lelaki suka bergurau dgn isteri soal “kahwin lagi satu atau lagi dua dan tiga” itu. Bagi saya, soal itu bukan gurauan, tidak kelakar langsung dan ia sgt menyakitkan. Sukakah anda jika isteri bercerita ttg kegemarannya pada seorang lelaki lain??? Sukakah???  Kalau suka.. teruskanlah percakapan seperti itu. Well… this is my emotion. You can see it already. Heheh.

Last but not least, perbanyakkan pujian, penghargaan dan ucapan terima kasih kepada si dia terchenta.. kerana suami @ isteri itu adalah antara anugerah terindah yang Allah kurniakan kepada kita.. Terima kasih Allah… semoga saya dapat melaksanakan apa yang  dikatakan dan semoga baitulmuslim yang bakal dibina nanti dilimpahi dengan sakinah, mawaddah dan rahmah…dan semoga ia kekal hingga ke syurgaNya yang TERTINGGI.. Amiiiiin Ya Allah. 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blog kenangan dapat buka semula! Alhamdulillah!

 Alhamdulillah hari ini, 6 OKTOBER 2023. Last sy update blog ni, tahun 2016 . Dah 7 tahun saya xdapat bukak blog ni...! Sebab template dia dah lama...google kata xboleh bukak.. tapi tiba2 dgn izin Allah boleh buka semula...! Subhanallah Alhamdulillah syukur. 😢 Dapat tengok balik post2 lama... post2 sebelum kawin, masa kawin dan lepas adanya Zahra Wajiha.  Setelah 7 tahun, saya masih diberikan nafas, umur saya telah bertambah lg 7 tahun, lebih matang, harapnya lebih dekat saya dengan Tuhan.  Dan dalam masa 7 tahun ni, anak saya pun dah bertambah lagi 2 org. 2 orang lelaki yang soleh insyaAllah... Muhammad Husnayn Haadi 5 tahun dan Muhammad Ilman Subhani 2 tahun. Syukur Ya Allah..  Saya dapat jalani kehidupan dengan seadanya... bekerja dari rumah, hilang segala keserabutan kerja mengikut waktu pejabat, dapat lebih masa berkualiti bersama keluarga. Alhamdulillah dapat juga menjalankan perniagaan yang saya minati selama ini... Tahun ini, tahun 2023 adalah tahun saya benar2 keluar dari pem

self reflection lagiiiilah.....

More time for self reflection...  Zahra ngn baba tgh tidur jd lehla smbg update blog ;) cani rupenye husband n wife kalau bekerja kan.. Blk keje 2-2 pengsan. Tmbh pulak skrng ni ulang alik nilai - senawang. Sejam stengah pergi.. Sejam stengah balik.. Penatnye dok dlm kete aduyai. Tp nasibaik kerja sekali.. Xdelah kena drive sendiri.. Al hamdulillah :)  Syukur pd Allah atas nikmat pasangan dan anak yg cukup membahagiakan. Betullah org kata.. Bahagia tu dtg dri diri sndiri bukan dari org lain. Dan sntiasa bersyukur apa yg ada tu adalah kunci utama kebahagiaan. Dulu masa mula2 kawin.. Baru nak kenal.. Selalu gkla merajuk.. Susah gak kan tiba2 kawin ngn laki yg xbrape nk kenal.. Pastu perangai e lain pulak dr pmpuan.. Kdg2 tu rs cam eh! Tak peka lgsg perasaan pmpuan! Tp tu lah pntgnya komunikasi kan. Apa2pun kena bgtau..sebab lelaki ni kalau xbgtau..mmg die takkan tau. Adoi. Haha. Nasibaik lepas bgtau ade improvement.. Kalau tak..mmg malas dhla nk bgtau. Tp Adela gk something

How to be a go0d m0m? =)

Alhamdulillah, all praises be only to Allah, the most Gracious the most Merciful. Baru tau 1 lagi cara mendidik anak menjadi insan Kaamil, cemerlang gemilang dan terbilang. Thanks Elly tunjukkan blog ni  http://darwishndarwisya.blogspot.com  byk yg boleh belajar, insyaAllah. parenting skill ni kena belajar awal, bukan bila dah ada anak baru nak belajar.. betul x? Anak2 akak ni umur 3 tahun dah boleh hafal Quran, masyaAllah. sama macam adik aku Balqis ngan Humaira sebab selalu dengar mak aku baca Quran. Tapi xde la seterer anak ni. Dia sebab mmg nak anak dia jadi hafiz kot dan die dah plan mcm mana nak achieve the mission! Plan itu penting. Hidup tanpa plan x ke mana laaaaaa.... tgh2 main pun boleh baca Quran. Kan bagus tu? xdela dok nyanyi merepek2 lagu Siti la..Justin Bieber la.. apa yg aku baru belajar dari sister ni: kena pastikan anak2 kita tengok dan dengar benda2 yg elok. Sister ni dia selalu bg anak2 die dengar bacaan Al-Quran dan TV tu elok jgn bg tgk la.. (tambah2 lagi T