Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2023

Hayati Surah Al Maaun

 Salam. Mengapa Celakalah bagi orang yang solat? Saya baru mendengar tafsir surah AlMaun dari Prof Dr Quraish Shihab berkaitan surah AlMaun. MasyaAllah surah ini adalah surah yg sgt penting dalam kita membangun diri sebagai seorang Muslim dan Mukmin yang benar2 bertaqwa.  Surah ini turun kerana pada zaman Rasulullah, ketika orang ramai sedang menyembelih unta, datang seorang anak yatim meminta sedikit daging unta tersebut tetapi permintaannya ditolak dan bahkan dia diherdik. Ini kerana mereka merasakan anak yatim ini miskin dan tidak akan memberikan balasan atau apa2 manfaat buat mereka. Maka turunlah ayat ini mengingatkan kita semua supaya tidak memperlakukan anak yatim dengan keras dan kasar. Sesungguhnya jika kita memberi, Allah akan membalas dan segala kebaikan dan ganjaran itu datangnya dari Allah.  Mereka bukan sahaja memperlakukan anak yatim dengan begitu buruk, tetapi mereka melarang serta mengajak orang lain untuk tidak memberi makan kepada orang-orang miskin....

Apa itu AHLI ALQURAN?

 Apabila ditanya kepada seorang ulama' hebat, Prof Dr. Quraish Shihab tentang  "Buatmu, apakah itu AlQuran?" Prof menjawab.. "AlQuran itu SAHABAT BAIK".  Saya mendengarkan perbualan mereka tentang AlQuran kerana ia sungguh menarik hati. Kata beliau, AlQuran itu bukan sekadar kita membaca dan menghafal tetapi perlu memahami. Lebih baik memahami 1 ayat dari AlQuran dengan baik berbanding menghafal 10 ayat tanpa memahaminya.  Baru saya fahami disini, menjadi Ahli AlQuran adalah dengan menjadikannya sahabat sejati, yang kita sentiasa merindukannya... kita kasih dan cinta kepadanya dan apabila ia tiada, kita tidak senang duduk. Selepas saya mendekatkan diri dengan AlQuran melalui mendengar syarahan dan tafsirnya, saya dapat rasakan betapa nikmatnya memahami AlQuran berbanding menghafalnya. Apatah lagi jika kita dapat memahami dan sekaligus menghafalnya alangkah lebih indah! Saya sering merasa sedih kerana saya tidak mampu menghafal AlQuran kerana saya begitu ingin me...

Cendekiawan Hebat, Prof Dr. Quraish Shihab

Salam, Alhamdulillah pagi ni saya dapat mendengar, menghayati dan memahami AlQuran dari Cendekiawan terbaik Ilmu AlQuran, Prof Dr. Quraish Shihab. Beliau telah menubuhkan Pusat Studi AlQuran bagi mahasiswa2 di Indonesia. Teringinnya saya nak belajar AlQuran di sana dan menjadi sebahagian dari Ahli AlQuran. Jika saya tidak berkesempatan, semoga anak2 saya mendapat rezeki mempelajari, menghayati dan memahami AlQuran dari para cendekiawan AlQuran dan bukan hanya sekadar menghafalnya.. Beliau adalah Ulama' pertama Indonesia yang memiliki Tafsir AlQurannya sendiri iaitu Tafsir AlMishbah. Banyak buku2 lain yang telah dihasilkannya dan ada dirumah saya kerana suami saya adalah salah seorang yg mengagumi pemikirannya. Saya juga mengenalinya dari suami saya yg gemar membaca dan bijak tetapi sangat rendah diri. Ada cendekiawan hebat di dalam rumah saya sendiri Alhamdulillah!   Pagi ini saya dapat mendengar tafsir Surah AlMujadalah dari Prof Quraish Shihab. Ia berkisar seorang wanita bernama ...