Skip to main content

Losing my cool ~ Astaghfirullah.

oh.my.goodness. minggu yg sgt macam2. dalam minggu ni saje ada 3 meeting tergempaq (as always) yg dibuat secara tiba2. dan macam2lah yg berlaku. tapi xpe..insyaAllah akan cuba perbaiki. sy manusia biasa yg byk buat salah. dan dari kesalahan yg dilakukan, kite dpt meningkatkan lagi nilai kita sebagai seorang yang bernama 'MUSLIM' dan 'MUKMIN'.

baru tadi sy telah tersalah mengambil tindakan terhadap 2 org pelajar. 2 pun sy sedar lepas dengar talk dari prof abdul nasir jagda tentang 'tolerance and patience'. bagaimana seorang sahabat Rasulullah yg sgt genius, yg mana Rasulullah memerintahkanya utk sebarkan Islam dan dia melakukannya. Tapi disebabkan semua menolak ajakannya kepada Islam, dia berputus asa dan mengambil tindakan yg salah dengan berhenti drpd meneruskan dakwahnya. Maka kemudiannya Rasulullah memanggilnya dan menasihatinya utk bersabar dan ajaklah manusia dengan lemah lembut dan kasih syg. be kind and gentle. dan beliau menyahut cabaran Rasulullah dan akhirnya berjaya. 

Astaghfirullah. Astaghfirullah. susahnyaaa jadi guru ni. pelajar yang berkenaan mmg selalu mencabar sy. dari awal tahun suka buat masalah. tak turun solat, tidak solat, menipu, mencarut, bergaduh, pagi tadi tak ke sekolah utk bersama2 membaca sahih bukhari. tidur dengan nyenyaknya di dalam dorm. bila guru bercakap, melawan dan memalingkan muka. mmg tadi sy rasa betul2 marah!! tapi.............................. mgkin cara saya salah.nasihat utk diri sndiri, kita hanya boleh membantu mereka untuk berubah. tapi kuasa mengubah itu hnya terletak ditangan Allah. mgkin mereka memerlukan masa. takkan dalam masa 5 bulan dah boleh jadi baik tiba2! hmm...... what to do???

semalam hari guru dan pagi2 lagi dh dpt msg yg byk dari pelajar MRSM Gemencheh. MasyaAllah. byk yg sy belajar dari mereka. dan sy juga perlu buka hati dan terima mereka disini sebaiknya. insyaAllah. kerana mereka disini juga byk mengajar sy. wlaupun byk masalah, mereka mngajar sy tentang hikmah, kesabaran, keikhlasan. dan semoga Allah sntiasa menguatkan kesabaran sy utk terus berada disini. 

berkat pembacaan sahih bukhari ini, sy mendoakan terutamanya buat anak didik 2 org yg diatas, semoga mereka berubah menjadi lebih baik dan sy mendoakan untuk diri sndiri agar dapat menasihati mereka dgn baik, berhikmah dan BERSABARLAH KERANA ALLAH. Alhamdulillah td sy dh sampaikan pd mereka yg sy sgt sygkan mereka..


Comments

  1. Aain we same same!! hhahaha... May Allah swt grant us patience and entry to Jannatul Firdaus. I'm still hoping we can masuk Jannah together bffs....

    ReplyDelete
  2. suimssss! tu laaahh... insyaAllah nnti kite masuk Jannah together tau l.suee =) tapi dosa makin banyakkkkk...mcmana nk masuk Jannah............... please pray for me bffffff

    ReplyDelete
  3. salam sis.MashaAllah,ur blog is so good,found this fr lovetodress.com :) May Allah bless you :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...