Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Manusia vs kera

Renung2kan dan selamat beramal.......

Mukashafah Al-Qulub by Al-Ghazali

Buku Mukashafah Al-Qulub ni ditulis oleh Imam Al-Ghazali dan sangat gojes untuk dibaca =D baru pinjam buku ni kat library MRSM Gemencheh yg indah lagi membahagiakan ini. banyak bab2 yang menarik yang sangat baik untuk dijadikan panduan hidup @ pengubatan penyakit hati dan jiwa. Patutla Imam Al-Ghazali sgt zuhud pada dunia, rupa2nya kerana dia memiliki byk ilmu terutamanya ilmu kejiwaan (rohani). dia sanggup tinggalkan semua kemewahan dunia, pangkat besar yang dia ada, nama yg sangat masyhur, dan pergi ke tempat di mana org tidak mengenalinya supaya dgn itu, dia dapat mengeluarkan dianya dari sifat riak dan takabbur dan dari segala tipudaya dunia. Al-Ghazali kata, “Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada Iblis. Iblis & syaitan hanya memperalatkan nafsu untuk menguasaimu. Maka janganlah tertipu. Watak nafsu adalah berasa aman, suka berlengah-lengah, bersuka-suka dan bermalas-malas. Setiap rayuannya adalah batil dan palsu belaka.Jika engkau le

Bacaan sunnah ~

Daripada Aisyah RA berkata, “Tidaklah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam- duduk di suatu tempat atau membaca al Qur’an ataupun melaksanakan sollat kecuali baginda akhiri dengan membaca beberapa kalimat”. Akupun bertanya kepada Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam-, “Ya Rasulullah, saya melihat engkau tidak duduk di suatu tempat, membaca al Qur’an ataupun mengerjakan sollat melainkan anda akhiri dengan beberapa kalimat?” Baginda menjawab, “Betul, sesiapa yang mengucapkan kebaikan maka dengan kalimat tersebut amal tadi akan dilekatkan dengan kebaikan. Barang siapa yang mengucapkan keburukan maka kalimat tersebut berfungsi untuk menghapus dosa. Itulah ucapan : سُبْحَانَكَ [اللَّهُمَّ] وَبِحَمْدِكَ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ HR an-Nasai di dalam as-Sunan al-Kubra dan lain-lain.

R.A.M.A.D.H.A.N

Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik, kita sekarang dah berada di bulan yang mulia, Jamadil Awwal. lagi 8 hari, masuklah kita ke Jamadil Akhir dan kemudian akan sampailah kita kepada Rejab, Syaaban dan Ramadhan. MasyaAllah, bulan yang sangat ditunggu-tunggu kehadirannya  =D sempat ke tak agaknye kan? semoga Allah memberi kesempatan pada kita utk sama2 sampai ke bulan Ramadhan dan merebut pahala  cinta Allah yang berganda2!  Nanti (InsyaAllah) jika masih panjang umur, boleh sama2 baca doa ini: اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan — Hadis riwayat Ahmad dan at-Tabrani, daripada Anas Banyak orang yang memperkatakan tentang fadhilat Rejab, tapi menurut  Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi , Rejab sama fadhilatnya dengan bulan-bulan haram yg lain dan t idak terdapat Hadis Sahih bahawa   Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan .  "Rejab bulan Allah. Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umat

Sesuatu yang sangat indah dan cantik bila dipandang dengan mata hati

Lepas berbulatan gembira di suatu petang, kami pergi menjamu selera di dewan selera bersama-sama. sebelum baca doa makan, sorang pelajar favourite yang bermuka ayu lagi sweet memandangku dan berkata: "Ustazah, Alhamdulillah kan, ni lah rezeki yang Allah bagi untuk kite hari ni kan?"  "MasyaAllah.. Alhamdulillah.. Allah tu memang baik kan?"  Tap tap tap <airmata menitik-nitik dalam hati>  rasa bahagia kerana dekat dengan manusia2 yang sentiasa ingat pada Tuhan. dan lebih bahagia bila mengenangkan yang Allah sentiasa menghadirkan insan2 yang selalu ingat padaNYA dalam hidupku yang semakin pendek ini..  Jawapan seorang pelajar tahun 2 Khalifah Model School (2009) yang mmg xdpt utk dilupakan. 

Jangan ikut nafsu dan setan dalam meguruskan harta amanah Allah~

ni lah tempat shopping kami zaman muda2 dulu di DUNDEE Darul Ukhwah, Scotland.  "eh cantiknyee baju ni...Nak beli boleh tak?" soalan yang selalu saye tanya pada sesiapa yang ada bersama kalau pergi membeli belah. "Kan Ain dah ada banyak baju?" kata K.Su.  "Memanglah.. Tapi baju ni cantik.. pastu murah pulak.. time tengah diskaun ni la nak beli...bolehla K.Su.." <sambil kenyit2 mata>    ^.^ "Belilah kalau Ain rasa boleh bagi jawapan yang valid pada Allah nanti bila Allah tanya kenapa beli baju tu padahal dah ada banyak baju...". lebih kurang mcm ni lah jawapan K.Su. (of course la K.Su xberapa nak cakap Melayu kan..) "hmm... oklah tak jadilah beli. Thanks K.Su.."  Ni lah antara perbualan dengan K.Su yang sangat2 memberi kesan pada hati.  sbb tu saye sukee kwn ngn K.Su..dan selaluuuu igt k.Su walau di mana saya berada, sebab dia selalu igtkan sy pd Tuhan =') Sekarang kalau nak beli apa2, mesti teringat ayat K.Su yg di atas.