Skip to main content

Perkara2 yang bertentangan dgn Islam dalam Kenduri kahwin~

Alhamdulillah masih lagi diberikan nafas oleh Allah pada hari ini dan InsyaAllah masih lagi berpeluang untuk membuat amal2 salih dan menambahkan ilmu untuk bekalan di sana kelak. Tadi terbaca satu post di facebook tentang amalan2 kita di Malaysia sebagai seorang Islam yg kita sedia maklum sememangnya ia bertentangan dgn ajaran agama terutamanya dalam isu perkahwinan, akan tetapi a telah menjadi adat yg 'seperti' tidak boleh lagi diubah. Jika diubah, masyarakat akan merperkatakannya dan memandang serong terhadap si penentang adat tersebut. Tiba2 teringat akan 1 sabda Baginda Rasulullah s.a.w. "Islam itu permulaannya asing dan akan menjadi asing juga pada pengakhirannya". dan dptlah kite tgk sekarang ni, Islam menjadi asing bukan sahaja bg org bukan Islam, tetapi juga org Islam itu sendiri. Apabila kita ingin membuat sesuatu perkara yg mengikut ajaran agama, pasti akan diperkatakan orang. tetapi bagi saya, biarlah apa org nak kata.. lama2 diam jugak.. sampai bilala sgt org nak kata.. 

Perkara-perkara yang bertentangan (dlm perkahwinan) tersebut adalah seperti berikut :


Pertama : Adakah hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?

isu hantaran - memang mahar dah murah kt Malaysia. tapi hantaran pulak melampau2 mahalnya. nak kawin pun kena berhutang (bg org yg xde duit). yg kaya xpela, sememangnya dah kaya. tapi still, membazir. buat makan2 saja, sewa dewan, baju yg berpasang2 liplap2 lagi..dan mencecah hampir puluhan ribu.. x ke menyusahkan? mungkin hebatla dimata manusia.. tapi Tuhan xpandang pun semua tu..

Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, wang ringgit atau sekadar bacaan  dari al-Quran.

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah SWT. yang bermaksud : " Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' ayat 4 )

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Hadis Riwayat Bukhari )

Dari hadis di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah SAW  pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu baginda bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat al-Quran, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Nabi SAW pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: " Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Hadis Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Hadis Riwayat Ahmad )

Maskahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulama tidak boleh diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya. Maskahwin ini tidak boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin tanpa kebenaran anak perempuan yang berkahwin.

Hantaran belanja yang kini mencecah belasan dan puluhan  ribu ringgit Malaysia adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin. 

Jika hantaran tidak terlalu tinggi dan bersesuaian dengan keadaan semasa dan pihak lelaki berkemampuan membayarnya tidaklah menjadi satu kesalahan dan ianya diharuskan.



Kedua : Adakah bersanding merupakan ajaran Islam?

Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar , beras kunyit yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini.

Apa yang berlaku semasa  majlis bersanding  ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam al-Quran , Allah SWT menyatakan bahawa orang yang membazir adalah saudara syaitan. Kerana kos yang tinggi akan digunakan untuk menyiapkan pelamin dan peralatannya sedangkan wang tersebut tidak perlu dibazirkan di atas perkara yang tidak berfaedah.

Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut salah disisi agama.

Menurut Prof. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa Mu’asirat dan Halal dan Haram fil Islam, halaman 36. : “Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram” 

Jika terdapat majlis makan berdamai semasa majlis kenduri kahwin di antara pengantin lelaki dan perempuan dan keluarga kedua-dua pihak maka majlis seperti ini dibolehkan kerana mendatangkan kebaikan untuk mengeratkan silaturahim di antara dua keluarga yang baru berkenal-kenalan.

Berinai adalah salah satu amalan semasa majlis perkahwinan. Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi SAW  tidak menegahnya, malah menyuruhnya, dari Aisyah ra : "Nabi SAW melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, "Apakah ini tangan lelaki atau perempuan?" maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi SAW pun bersabda maksudnya : " Jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dengan inai).” 
(Hadis RiwayatAbu Daud, 4166) dan (Hadis Riwayat Nasa’i 5092)

Walau bagaimanapun berinai dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram. Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim: Daripada Anas dia berkata: “Bahawa Nabi SAW  melarang kaum lelaki memakai za’faran (kuma-kuma).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Ketiga : Wajarkah menyediakan tepak sirih dan sirih junjung?

Pada zaman dahulu rombongan pengantin lelaki membawa tepak sirih dan sirih junjung adalah bertujuan semoga semua ahli rombongan dan pihak tuan rumah dapat bersama-sama makan sireh, maklumlah majoriti orang zaman dahulu memang makan sireh. Apa perlunya pada zaman sekarang? Beli sireh, upahkan orang menyusunnya, usung ke hulu dan ke hilir sebagai tontonan dan akhirnya dibuang begitu sahaja! Adalah jauh lebih baik rombongan pengantin lelaki membawa makanan atau buah-buahan sebagai hadiah kepada pihak pengantin perempuan. Sirih junjung dikira sebagai  barang membazir dan menyusahkan sahaja.



Keempat : Apakah sebenarnya tujuan pengantin perempuan  bersolek (berlebih-lebihan) di majlis perkahwinan ini?

bagi saya dlm bab bersolek ni, semua org mesti nak nmpk cantik especially di hari perkahwinan. saya pun sudah semestinya nanti ingin nmpk cantik, tapi mungkin sederhana sahaja.. baju pun kena tgk jugak suoaya tak nmpk apa yang x sepatutnya dipertontonkan kepada khalayak ramai. seronoklah para laki2 menjamu mata melihat susuk tubuh kita. nauzubillahi min zaalik. semoga dijauhkan.. 

Di samping itu, perbuatan andaman yang berbentuk “li tadlis” mengabui atau merubah kecantikan yang sebenar juga dilarang sama sekali dalam Islam malah ianya adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis riwayat Muslim. Dari Abdullah Ibn Mas’ud r.a katanya : "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.”

Apa yang jelas dari bersolek adalah satu dosa kerana termasuk dalam "Tabarruj" dan melakukan sesuatu untuk mendapat pujian adalah riak. Semua perkara ini adalah perbuatan mungkar yang membawa dosa dan dilarang oleh Allah SWT . Jika bersolek sekadarnya dan tidak nampak bedak yang tebal dan tiada perhiasan yang berlebihan tidaklah dilarang.


Kelima : Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?

Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:

Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.

Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Seburuk-buruk makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”

Pada masa kini, majlis perkahwinan diserikan lagi dengan berbagai hiburan, hiburan di dalam Islam dibolehkan berdasarkan hadis  riwayat Bukhari daripada Aisyah r.ha bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda maksudnya : "Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan."

Dalam hadis yang bertaraf ‘hasan’ yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda maksudnya :" Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan.”

Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan hati yang gundah-gulana. Hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam adalah alunan nasyid yang memuji kebesaran Allah SWT dan berbentuk doa dan mempromosikan akhlak Islam. Hiburan yang berbentuk karaoke campuran lelaki dan perempuan adalah dilarang.

Sahabat yang dimuliakan,

Islam menyarankan majlis kenduri kahwin (walimah) hendaklah diadakan cara yang sederhana tetapi meriah. Tidak membebankan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Jika kurang berkemampuan adakan majlis yang sederhana sahaja dan perlu mengundang saudara mara yang terdekat , jiran tetangga dan sahabat-sahabat yang rapat sahaja. Tidak perlulah berhutang dan bergolok bergadai semata-mata untuk mencari kemegahan dan riak sedangkan cara seperti ini dilarang dan ditegah oleh agama.

Kenapa  perkahwinan umat Islam sekarang ini tidak kekal dan berlaku penceraian walaupun umur perkahwinan tidak sampai setahun? Sedangkan kos perbelanjaan perkahwinan telah dihabiskan puluhan ribu ringgit. Puncanya adalah tidak terdapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT kerana terdapat banyak unsur maksiat dan dosa semasa dilangsungkan majlis perkahwian tersebut. Oleh itu perlulah kita buangkan adat-adat melayu lama yang bertentangan dengan syariat Islam seperti adat bersanding, hiburan yang mendatangkan dosa dan mengelakkan pembaziran dengan menyediakan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Majlis prkahwinan adalah ibadah, pastikan kita tidak melaggar batas-batas syarak yang di benarkan oleh Allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

Blog kenangan dapat buka semula! Alhamdulillah!

 Alhamdulillah hari ini, 6 OKTOBER 2023. Last sy update blog ni, tahun 2016 . Dah 7 tahun saya xdapat bukak blog ni...! Sebab template dia dah lama...google kata xboleh bukak.. tapi tiba2 dgn izin Allah boleh buka semula...! Subhanallah Alhamdulillah syukur. 😢 Dapat tengok balik post2 lama... post2 sebelum kawin, masa kawin dan lepas adanya Zahra Wajiha.  Setelah 7 tahun, saya masih diberikan nafas, umur saya telah bertambah lg 7 tahun, lebih matang, harapnya lebih dekat saya dengan Tuhan.  Dan dalam masa 7 tahun ni, anak saya pun dah bertambah lagi 2 org. 2 orang lelaki yang soleh insyaAllah... Muhammad Husnayn Haadi 5 tahun dan Muhammad Ilman Subhani 2 tahun. Syukur Ya Allah..  Saya dapat jalani kehidupan dengan seadanya... bekerja dari rumah, hilang segala keserabutan kerja mengikut waktu pejabat, dapat lebih masa berkualiti bersama keluarga. Alhamdulillah dapat juga menjalankan perniagaan yang saya minati selama ini... Tahun ini, tahun 2023 adalah tahun saya benar2 keluar dari pem

self reflection lagiiiilah.....

More time for self reflection...  Zahra ngn baba tgh tidur jd lehla smbg update blog ;) cani rupenye husband n wife kalau bekerja kan.. Blk keje 2-2 pengsan. Tmbh pulak skrng ni ulang alik nilai - senawang. Sejam stengah pergi.. Sejam stengah balik.. Penatnye dok dlm kete aduyai. Tp nasibaik kerja sekali.. Xdelah kena drive sendiri.. Al hamdulillah :)  Syukur pd Allah atas nikmat pasangan dan anak yg cukup membahagiakan. Betullah org kata.. Bahagia tu dtg dri diri sndiri bukan dari org lain. Dan sntiasa bersyukur apa yg ada tu adalah kunci utama kebahagiaan. Dulu masa mula2 kawin.. Baru nak kenal.. Selalu gkla merajuk.. Susah gak kan tiba2 kawin ngn laki yg xbrape nk kenal.. Pastu perangai e lain pulak dr pmpuan.. Kdg2 tu rs cam eh! Tak peka lgsg perasaan pmpuan! Tp tu lah pntgnya komunikasi kan. Apa2pun kena bgtau..sebab lelaki ni kalau xbgtau..mmg die takkan tau. Adoi. Haha. Nasibaik lepas bgtau ade improvement.. Kalau tak..mmg malas dhla nk bgtau. Tp Adela gk something

Throwback....

Throwback...post saya yg 1st sekali lepas buat blog ni..... Hari-hariku yang membahagiakan..   25 January 2011, Tuesday, Spey Drive, Dundee, Scotland. Alhamdulillah.. berbanyak2 kesyukuran pd Nya yg masih lg menghidupkanku pd hari ini... Segala puji2an hanya bgMu..Syukur pdMu Ya Allah atas segala nikmat.. Disepanjang kehidupanku aku sering mendapat kebahagiaan yg dtg dr org2 disekelilingku..dan Tadi baru saje dapat email dari sorang student Khalifah.. 'Teacher semua org rindu teacher.. balikla sini cepat..' I miss them too0...I really want to see u dear khalifah.. <3 Anak2 keciL itu sering mgingatkan aku pdMu ya Tuhan.. Pernah 1 hari aku mdapat 1 berita gembira.. dgn gembiranya aku berkata 'Yeay!!! I'm so0o Happy today dear children..'. Then 1 of the students came to me and said.. 'Teacher, you should say Alhamdulillah if you get something good..'. hehe.. MasyaAllah.. thats my Khalifah!! Sekarang aku sdg menyambung pelajaranku di Al-Maktoum Insti